Assalamualaikum w.b.t. dan salam Ramadhan Karim.. lama
sungguh tidak membisikkan kalam di ruangan ini.. moga2 Allah masih mengilhamkan
diri ini untuk terus berkongsi ilmu dan pengalaman seadanya..insha-Allah..Allah
itu Maha Kaya…subhanallah…
Sempena bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini, inginku
kongsikan pengamatanku akan suasana
sambutan Ramadhan di Kampung Berangan,tempat aku dibesarkan sejak kecil.
Titipan kata syukur, ku ungkapkan ke hadrat Ilahi kerana aku dibesarkan di
kampung yang begitu harmoni dengan program2 keagamaan yang amat jarang
dilaksanakan di tempat2 lain..alhamdulillah..
Malam sehari sebelum Ramadhan,satu ceramah berkaitan puasa
telah diadakan di dewan serbaguna yang begitu hampir dengan Pondok Berangan.sambutannya
begitu baik sehinggakan sesetengah penduduk termasuk aku dan keluarga terpaksa
solat isyak di pondok gara2 dewan itu padat dengan si pencinta
Ilahi..alhamdulillah..yang syoknya,ada sedikit jamuan selepas ceramah
tu..makanan yang dibawa oleh penduduk kampung sungguh banyak tak terkata..Ya
Allah, begitu pemurahnya mereka biarpun hidup dalam kesederhanaan..indahnya
tarbiah Islam…sungguh, Allah itu lagi Maha Pemurah..
Malam ini merupakan malam ke3 di bulan Ramadhan..selama tiga
hari ini, aku bersama keluarga menunaikan terawih di tempat berbeza dengan
sambutan yang berbeza.. macam manakah itu?? Begini..
Hari pertama ramadhan, kami berterawih di masjid..diimamkan
oleh imam yang membacakan surah besar bermula dari al-baqarah..fuyyoo..memang
penuh la…terpaksa solat di luar kawasan muslimah. Tapi selepas 8 rakaat, masjid
yang padat tadi lengang..muslimat yang tinggal hampir 3 saf je.. yang muslimin,
Allahu a’lam..yang pasti, ramai yang balik..maklum la, malam tu ada bola..
Kelantan vs QPR gitu.. kalau nak tunggu 20 rakaat, pukul 10.40 malam baru
siap..subhanallah..
Hari ke2 nya, kami berterawih di Pondok Berangan yang
terkenal dengan terawih ekspress.. memang cukup padat seperti
kebiasaannya.sehinggakan ada yang terpaksa menunggu selesai solat isyak untuk
menapakkan diri.. sambutan di pondok agak berbeza kerana walaupun dah selesai 8
rakaat, para jemaah termasuk kanak2 masih setia di tempat sujud masing2..Allahu
akbar..sungguh hebat.. tapi yang semputnya, terawihnya begitu ekpres..kalau di
masjid berakhir pada pukul 10.40 malam untuk 20 rakaat,di pondok, 9.45 malam
dah konfem siap 20 rakaat..macam mana tak cepat, alfatihah bersambung2, surah
yang famous pulak surah al-asr..Memang tercungap2..
Terawihnya seterusnya,kami menapak di balaisah yang baru
sahaja didirikan..tok imam yang mengimami kami membacakan surah alfatihah
diiringi surah2 lazim..maksudnya solat terawih 20 rakaat di balaisah ni akan
selesai tidak seawal di pondok dan tidak selewat di masjid..tengah2 gitu..
Terdapat satu lagi balaisah lama yang berhampiran dengan
PASTI Berangan. Menurut datukku yang sentiasa menjadikan balaisah ini destinasinya,tak
ramai yang datang solat terawih berjemaah di sini terutamanya golongan muda..
aiyyo.. macam2 sambutan yang ditunjukkan walaupun satu
kampung. menarik bukan.. walau apa pun cara dan gayanya, biar la apa yang kita
ibadahkan tidak lain tidak bukan hanya kerana Allah dan bukan kerana adat..
beribadah kerana kerana mengejar cintanya manusia, bahkan
beribadah kerana kita pengemis cinta Ilahi.. Insha-Allah…
seLamAt menjALani TarbiyAh RamAdhAn 1433 HijrAh~ =)
0 comments:
Post a Comment