BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, 12 May 2019

TARBIYAH RAMADHAN : SYURGA YANG DISEGERAKAN

TARBIYAH RAMADHAN

SYURGA YANG DISEGERAKAN

Rupanya di dunia lagi Allah telah memberikan 'Syurga' kepada kita. Syurga itu dinamakan
Al jannatul 'ajilah (syurga yang disegerakan) iaitu HATI YANG SEJAHTERA.

Mereka yang mendapat 'syurga' ini sentiasa rasa tenang, bahagia dan gembira dengan hidupnya.

Bila diberi nikmat dia bersyukur.
Bila kurang dia bersabar.
Bila diuji dia bersangka baik..
bahkan bila disakiti dia memaafi..
Tidak ada langsung hasad dengki dihatinya.

Pemilik 'syurga' ini sentiasa TENANG dalam apa jua keadaan. Baik susah mahupun senang.

Bahkan ketenangan itu dapat dirasai oleh orang lain bersama denganya

Beruntunglah sesiapa yang
Memiliki 'syurga' ini.

Kata ahli sufi, sesiapa yang ingin merasai syurga hakiki di akhirat  nanti, dia perlu
merasai 'syurga' ini terlebih dahulu.

Dan yang menakutkan adalah mereka yang tidak merasai syurga ini, maka dia tidak akan merasai syurga yang hakiki kelak.

Ini berdasarkan firman Allah :
(Iaitu) pada hari di mana harta dan anak pinak tidak berguna. Kecuali orang-orang yang menghadap Allah dengan hati yang sejahtera.” (Asy Syu’ara’: 88-89)

Marilah kita sama² berusaha membersihkan hati agar dikurniakan 'syurga' ini.

‎اَللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ رَمَضَانَ وبَلِّغْنَا فِيْ لَیْلَةِ الْقَدْر

"Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Ramadhan dan sampaikan kami pada malam lailatul qadr. "

Amin Ya Rabbal A'lamin..


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, 16 December 2013



bismillah.
kalamku bermadah..
membisik bicara indah..
demi kasih dan redhaNYA ilah..

sungguh lamaku tidak membisik kalam di sini..
bersarang, berhabuk, berdebu.. semuanya bercampur segala..
hati sudah lama ingin menulis, namun diri tak terdaya meluahkan apa yang dirasa..

oh Allah, betapa ku malu untuk berhadapan denganMU.. malu kerana ENGKAU MAHA AGUNG sedangkan aku hambaMU yang tersangat lemah cuma...aku hanya pandai bermain kata namun beramal dengannya tidak dapat diperkata lemahnya amalanku...ya Allah, jadikanlah setiap detik,setiap waktuku ini hanya untuk mencari keredhaanMU.. ikhlaskanlah aku dalam setiap tindak tandukku,...

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, 31 July 2012

TarBiyAh RaMaDhAn

Assalamualaikum w.b.t. dan salam Ramadhan Karim.. lama sungguh tidak membisikkan kalam di ruangan ini.. moga2 Allah masih mengilhamkan diri ini untuk terus berkongsi ilmu dan pengalaman seadanya..insha-Allah..Allah itu Maha Kaya…subhanallah…


Sempena bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini, inginku kongsikan pengamatanku akan  suasana sambutan Ramadhan di Kampung Berangan,tempat aku dibesarkan sejak kecil. Titipan kata syukur, ku ungkapkan ke hadrat Ilahi kerana aku dibesarkan di kampung yang begitu harmoni dengan program2 keagamaan yang amat jarang dilaksanakan di tempat2 lain..alhamdulillah..



Malam sehari sebelum Ramadhan,satu ceramah berkaitan puasa telah diadakan di dewan serbaguna yang begitu hampir dengan Pondok Berangan.sambutannya begitu baik sehinggakan sesetengah penduduk termasuk aku dan keluarga terpaksa solat isyak di pondok gara2 dewan itu padat dengan si pencinta Ilahi..alhamdulillah..yang syoknya,ada sedikit jamuan selepas ceramah tu..makanan yang dibawa oleh penduduk kampung sungguh banyak tak terkata..Ya Allah, begitu pemurahnya mereka biarpun hidup dalam kesederhanaan..indahnya tarbiah Islam…sungguh, Allah itu lagi Maha Pemurah..

Malam ini merupakan malam ke3 di bulan Ramadhan..selama tiga hari ini, aku bersama keluarga menunaikan terawih di tempat berbeza dengan sambutan yang berbeza.. macam manakah itu?? Begini..
Hari pertama ramadhan, kami berterawih di masjid..diimamkan oleh imam yang membacakan surah besar bermula dari al-baqarah..fuyyoo..memang penuh la…terpaksa solat di luar kawasan muslimah. Tapi selepas 8 rakaat, masjid yang padat tadi lengang..muslimat yang tinggal hampir 3 saf je.. yang muslimin, Allahu a’lam..yang pasti, ramai yang balik..maklum la, malam tu ada bola.. Kelantan vs QPR gitu.. kalau nak tunggu 20 rakaat, pukul 10.40 malam baru siap..subhanallah..




Hari ke2 nya, kami berterawih di Pondok Berangan yang terkenal dengan terawih ekspress.. memang cukup padat seperti kebiasaannya.sehinggakan ada yang terpaksa menunggu selesai solat isyak untuk menapakkan diri.. sambutan di pondok agak berbeza kerana walaupun dah selesai 8 rakaat, para jemaah termasuk kanak2 masih setia di tempat sujud masing2..Allahu akbar..sungguh hebat.. tapi yang semputnya, terawihnya begitu ekpres..kalau di masjid berakhir pada pukul 10.40 malam untuk 20 rakaat,di pondok, 9.45 malam dah konfem siap 20 rakaat..macam mana tak cepat, alfatihah bersambung2, surah yang famous pulak surah al-asr..Memang tercungap2.. 

Terawihnya seterusnya,kami menapak di balaisah yang baru sahaja didirikan..tok imam yang mengimami kami membacakan surah alfatihah diiringi surah2 lazim..maksudnya solat terawih 20 rakaat di balaisah ni akan selesai tidak seawal di pondok dan tidak selewat di masjid..tengah2 gitu..



Terdapat satu lagi balaisah lama yang berhampiran dengan PASTI Berangan. Menurut datukku yang sentiasa menjadikan balaisah ini destinasinya,tak ramai yang datang solat terawih berjemaah di sini terutamanya golongan muda..

aiyyo.. macam2 sambutan yang ditunjukkan walaupun satu kampung. menarik bukan.. walau apa pun cara dan gayanya, biar la apa yang kita ibadahkan tidak lain tidak bukan hanya kerana Allah dan bukan kerana adat.. 

beribadah kerana kerana mengejar cintanya manusia, bahkan beribadah kerana kita pengemis cinta Ilahi.. Insha-Allah…


seLamAt menjALani TarbiyAh RamAdhAn 1433 HijrAh~ =)

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, 7 February 2012

tERAsiNg di bUMi sEndiRi..

alhamdulillah wa syukurillah.. Allah masih mengurniakn nikmat iman dan Islam yang begitu indah ni.. 
kali ini, inginku coretkan sebuah kisah untuk dikongsi bersama.. suatu kisah yang aku sendiri alami dan yang berlaku di hadapan mata ini sewaktu menjayakan misi "explore" yg penuh dengan pengajaranny..


sungguh amat terperanjat sekali melihat suasana dan kejadian2 yang berlaku di bandar Kajang lbih kurang sebulan yang lalu.. baru tahu realiti kehidupan luar yang sebenar la katakan.. dari stesen KTM Kajang, ku berjalan utk naik bas rapid KL kat bandar Kajang brsama2 dgn 2 org spupu.. time tu, dah malam.. dalam pukul 8-9 malam gitu.. dalam perjalanan tu, pelbagai reaksi yg hinggap ke mata .. memang agak meng"scary'kan..dah la most of them are foreigners..plbgai bgsa, plbgai karakter.. terdetik dalam kotak pemikiran ni, Malaysia kah ini?? ataupun aku ad kat negara lain ni?? huhu.. 


 pastu, time tercari2 bas utk ke destinasi kami, tiba2...... ada sorang laki foreigner tendang pintu salah stu bas yg ad kat situ sambil marah2.. apa yg dingomongnye,ntah.. aku pun tak faham... then, bila je naik bas spatutnye, mengucap panjang... Allahu akbar.. betapa padatnye bas tersebut, sehinggakn nk tutup pintu bas pun xboleh.. memang sungguh sakit telinga mendengar ngomelan2 penumpang2 bas yg pnuh beremosi..  nak tak nak, still jgak kena naik bas tu sbb dah tak ada bas lain.. then, kali ni pulak, ternampak sorang laki mabuk.. terhuyung hayang kat jalan... muntah2... errrrrkkkk...astaghfirullah.... tak tau nak cakap ape dah..dan akhirnye, bas tu bergerak dgn kpadatan yg amat sangat dengan pintu yg terbukak.. fuhh.. memang sungguh *#@#*%^!..... dah la dlm bas tu lbih kurang 10% je melayu Islam... yang lain berbangsa apa ntah...saat tu, aku rasa begitu terasing dan amat terasing.. berada dalam kalangan bangsa yang tak aku kenali.. huhu.. ke mana hilangnye kaum majoriti negara ni?? dan yang paling penting, ke mana hilangnya ISLAM yang katanya agama rasmi negara MALAYSIA??? ni  baru setakat bandar Kajang, kalau kat ibu kota??? wallahu a'lam...





sungguh yang teramat sedih melihat bumi yang dikatakan aman damai dengan ISLAM agama rasminya hanya lah tinggal nama dan tak lagi dhayati... ramai yang mengaku yang mereka beragama Islam, tapi, di manakah KEISLAMANnye??? tersemat dalam hati ataukah hanya dijadikan bicara di bibir sahaja??...







sahabat seagama dan seakidah denganku,,, ISLAM itu " yu'la wa la yu'la alaih..."... ISLAM itu tinggi dan tak ada yang lebih tinggi dari ISLAM.. jom sama2 kita perjuangkan agar ISLAM diletakkan pada tmpat yang spatutnye dan kembali dijulang setelah dperkotak-katikkan oleh si kafir laknatullah dan jgak penganutnye sendiri.. janganlah disebabkan ucapan, kelakuan, pengakuan kita, ISLAM kian difitnah dan difitnah..
astaghfirullah.. semoga ISLAM kan kembali menguasai hamba2 Allah ini dan menegakkan kembali "KHILAFAH ISLAMIYAH"..insya ALLAh..







~sama2 la kita saling memperingati antara satu sama lain ke arah kebaikan kerana manusia itu pelupa dan terleka... barakallahu fikum ya ikhwan wa akhowat~


#ASIF WA SYUKRAN#


#maaf dan terima kasih#



Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, 19 January 2012

Allah Itu Sweet


Pernah tak terfikir, saat bila kita mula berkenalan dengan Allah? Kalau ditanya, mungkin ramai yang akan kata, lahir ke dunia ni mestilah terus kenal Allah. Umur 5 tahun dah di ajar Iqra'. Umur 6 tahun di ajar solat. Umur 8 tahun mula puasa penuh. Jadi, dah lama la kita kenal Allah ni. Tapi kalau di tanya, Allah tu macam mana? Apa sifat-sifat Allah? Yang 20 tu. Apa nama-nama Allah? Yang 99 tu... em.. belum tentu semua orang ingat. Belum tentu semua orang hafal. Paling penting, belum tentu semua orang tahu. Paling teruk, belum tentu semua orang benar-benar nak tahu. Yang tahu, kenal Allah bila solat. Kenal Allah bila mengaji. Kenal Allah bila puasa. Tapi, Allah kan ada di mana-mana. Tiap-tiap ketika. Tak sedar keAllah tu sentiasa ada?

Saya mula berkenalan dengan Dia pada tahun 2009. Hah? Baru 2 tahun?! Ye! Baru 2 tahun.
Habis tu, selama ni tak kenal Allah? Bukan tak kenal. Kenal, tapi tak cukup kenal. Jadi, buat-buat kenal.

2 tahun tu jangka masa yang cukup singkat. Kalau bayi, mungkin dah boleh jalan. Tapi bercakap, pelat lagi. Macam tu la tempoh masa perkenalan saya dan Dia. Cukup pendek. Tapi, satu hal yang sangat-sangat saya kenal, pasti dan yakin tentang Dia. Allah ni kan... SWEET~~
Allah ni Sweet
Takkan ada manusia yang mampu jadi pendamping hidup setanding Dia.

Dia Pemberi Kekuatan

Kemana saya pergi, Dia akan sentiasa di sisi. Menemani diri saat saya keseorangan, menemani diri saat saya kesedihan, menemani diri saat saya kegelisahan. Jadi, takkan pernah rasa takut sebab Dia ada.

Terkadang bila nak balik rumah dari placement, badan terasa sangat penat. Berdiri 8 jam sepanjang hari, berkejar ke sana sini, nak drive balik rumah tersangat-sangat penat. Ditambah dengan kesesakan jalan raya. Pernah sekali kat traffic light, sebab dah lama sangat tunggu, bila bersandar kat tempat duduk, tak sedar terlena. Nasib baik Dia kejutkan. Lampu dah hijau! Okeh, gerak. Walapun dah ngantuk sangat, tapi Dia suruh kuatkan diri. Alhamdulillah, selamat sampai rumah. Makan, solat, tido.
Terkadang pernah balik seorang diri dari Ferryden Park. Pukul 11.30 malam. Nak balik Evandale. Gelap gelita sudah. Sorang-sorang. Takut ke? Tak... Gementar je sikit. tapi takpe, Dia kan ada. Dia akan sentiasa jaga saya.

Allah kan Maha Melindungi. Sweet kan?!

"Tidakkah kamu tahu bahawa Allah memiliki kerajaan langit dan bumi? Dan tidak ada bagimu pelindung dan penolong selain Allah."
(Al-Baqarah: 107).
Dia Peneman Bicara




Banyak yang terpendam di lubuk hati. Tapi terkadang terasa nak meluahkan pada seseorang. Tapi terkadang ragu. Bukannya boleh dapat penyelesaian. Dan terkadang ada kata-kata yang tak terluah.
Tapi pada Dia, saya tak malu nak bercerita. Semua sekali! Walaupun terkadang ada kata-kata yang segan untuk dituturkan dengan kata-kata, tapi Dia kata takpe. Tak perlu ucapkan dengan kata-kata pun. Tak perlu susahkan diri untuk susun ayat. Sebab Dia kata Dia dah tahu apa yang terpendam dalam hati saya tanpa perlu saya kata apa-apa. Wah! Allah tu sweet kan!

"Katakanlah, " Jika kamu sembunyikan apa yang ada dalam hatimu atau kamu nyatakan, Allah pasti mengetahuinya," Dia mengetahui apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Allah Mahakuasa atas segala sesuatu."
(Ali 'Imran: 29).

Dia yang Kaya Raya

Selalukan kalau kita dengar cerita atau tengok kawan kita yang keluar dating tiba-tiba bawak balik banyak hadiah. Teddy bear la, kad la, bunga la, baju, kasut dan etcetera. Banyak o.. Pastu semua orang mula la puji. "Eh, bagus la pakwe ko. Sweetnye~~"

Eleh, cukup sweet dah ke tu? Kalau yang bf tu sekadar guna duit loan, scholar, atau kerja nak belanja kita, mesti akan ada tika masanya kita kena jugak guna duit sendiri. Paling-paling duit tambang bas, teksi atau komuter nak keluar. Still! Duit kita akan kurang jugak. Siapa yang berani kata duit dia tak pernah kurang walau 1 sen pun setiap kali keluar? (Tapi sekarang 1 sen dah tak laku. Jadi, 5 sen la).
Tak cukup sweet tu...

Kalau dengan Dia, Dia sangat kaya raya. Duit-duit yang saya dapat, semua daripada Dia. Bukan saja duit, semua yang saya ada sekarang ni, semua Dia yang bagi. Segala-galanya. Amacam? Hebat tak Dia. Ada ke manusia yang sehebat Dia? Pasti tiada!

Tapi kan, sebab Dia sangat sweet, Dia tak bagi semua ni pada saya directly. Nak tambahkan sweetness tu, Dia bagi melalui medium lain. Daripada ma abah, daripada sponsor saya dan lain-lain. Sebab kalau Dia bagi direct, Dia tahu saya akan segan sebab saya tak ada apa-apa pun nak bagi untuk balas balik apa yang Dia dah berikan pada saya. Sweetkan Allah?!

"Katakanlah (Muhammad), " Siapakah yang memberi rezeki kepadamu dari langit dan bumi, atau siapakah yang berkuasa (menciptakan) pendengaran dan penglihatan, dan siapakah yang mengeluarkan yang hidup dari yang mati, dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup, dan siapakah yang mengatur segala urusan?" Maka mereka akan menjawab, "Allah." Maka katakanlah, "Mengapa kamu tidak bertaqwa (kepadaNya)?"
(Yunus: 31).

Dia yang Pemaaf



Manusia ni susah nak mengaku salah. Paling teruk, susah nak meminta maaf. Haih!
Dengan Dia, saya ada BANYAK kisah tentang kesalahan, kesilapan dan... keMAAFan.
Daripada mula saya lahir, sampailah umur 23 tahun  dah banyak kali dah saya sakitkan hati Dia. Dia kata jangan buat, saya buat jugak. Apa yang Dia suruh buat, saya tak nak buat. Degil! Kalau dengan manusia, dah lama dah saya patut kena marah. Tapi, Dia tak pernah marahkan saya. Dia sabar layan kerenah saya. Sebab Dia tahu, masa tu saya tak betul-betul kenal Dia, saya tak benar-benar fahami Dia. Jadi, Dia bagi saya peluang lagi.

Tapi bila dah tahu, bila dah kenal, terkadang tu tetap jugak saya ulang balik kesalahan yang lalu. Tapi, dengan muka tak malunya, saya pergi minta maaf kat Dia balik. Dan Dia... selagi roh masih belum ditarik ke kerongkong... Dia PASTI akan tetap maafkan saya. Sweetnye~~

"Katakanlah, Wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sungguh, Dialah Yang Maha Pengampun, Maha Penyayang."
(Az-Zumar: 53).

Dia Pemberi Ketenangan

Keluh kesah. Resah gelisah. Perasaan yang setiap orang pasti pernah merasainya. Bila nak exam, bila kena siapkan assignment, bila nak pergi interview etcetera.

"Aku kalau ada apa-apa masalah, aku tak kisah. Kalau dengar je suara Adam (bukan nama sebenar), hati aku mesti tenang." 

Kalau sesama perempuan?

"Sesama perempuan ni lain. Diorang tak faham sebab kita sama kan. Kalau dengan yang berlainan "makhluk" ni, lebih mudah untuk saling memahami. Cas yang sama kan saling menolak. Bila cas yang berlainan baru saling menarik." erk!

Tapi, bila bergaduh...

"Benci betul la aku dengan si Adam (masih bukan nama sebenar). Dah banyak kali call, tapi tak angkat phone pun! Dia yang buat salah, tapi dia pulak yang merajuk. Dah la.... (terhamburlah semua kekurangan si Adam tuh)." A'ah, tenang la sangat.

Paling tak best, bila perempuan yang marah, si Adam pun ikut merajuk sekali. Bukannya nak pujuk. Perempuan pulak yang kena pujuk balik. Apekah! Come on la Bro! Tak sweet!!!
Haih~

Tapi kalau dengan Dia, tak pernah ada kes main tarik-tarik tali ni. Sebab yang pasti, Dia takkan pernah merajuk dengan saya walau apa pun yang saya buat. Dan setiap kegelisahan, kesedihan, kesulitan, Dia pasti sentiasa menemani saya, mengurangkan bebanan perasaan. Dan takkan pernah berhenti. Sweet kan?!

"(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah, hati menjadi tenteram."
(Ar-Ra'd: 28).

Yang Pasti, Dia pun Rindukan Saya Jugak!

Allah ni sweet. Dia bagi saya banyak sangat nikmat yang takkan mampu saya hitung. Tapi tulah. Dah pun namanya manusia. Yang bermaksud pelupa.

Ada ketika saya buat dunno je dengan Dia. Dia sentiasa ada je kat sisi. Tapi terkadang saya tak layan pun Dia. Tapi, Dia tetap jugak bagi saya macam-macam nikmat. Saya pulak tak berterima kasih pun kat Dia. Sebab bila saya syok sendiri sangat, lupa bahawa Dia yang sebenarnya bagi kat saya setiap
sesuatu tu. "Ek" betul saya kat Dia, kan!

Tapi... Dia sangat sweet... Dia pun rindu saya jugak. Dia nak saya ingat kat Dia. Dia nak saya sebut nama Dia. Dia nak saya minta tolong pada Dia. Sebab kalau boleh, Dia memang nak bagi semua benda yang saya mintak on the spot! Tang tang tu jugak Dia boleh bagi. Tapi ada yang Dia hold dulu. Sebab Dia nak saya dapat yang lagi BEST! Lagi SYOK!

"...Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui."
(Al-Baqarah: 216).

Jadi, bila Dia dah mula rindukan saya, Dia bagi ujian. Dia bukan nak susahkan saya. Tapi sebab Dia nak tahu, betul ke saya cintakan Dia? Kat bibir kata cinta, tapi kat hati macam mana? Dan paling penting, Dia nak saya ingat kat Dia. Sebab Dia sangat-sangat rindu kat saya. Jadi bila diuji, saya rasa sedih, saya rasa payah, saya rasa sakit. Saya mesti nangis! Tapi, bila macam ni, satu kata yang pasti saya sebut. Dan saya sangat pasti bukan hanya saya, tapi kita semua pasti akan sebut... \"Ya Allah!\"
Dan Dia pasti akan gembira. Sebab kita dah ingat Dia balik. Rindu yang terlerai... Sweet~~~

"Maka ingatlah kepadaKu, Aku pun akan ingat kepadamu..." (Al-Baqarah, 152).

 Dia Pendamping Abadi



Dia sangat memahami saya. Betul, Dia sayang saya. Tapi, Dia pun tahu fitrah seorang hamba, yang Dia sendiri ciptakan. Setiap manusia perlukan pendamping. Yang bersifat sama. Seorang hamba.
Jadi setiap orang dah ditentukan jodoh masing-masing. Termasuklah saya sendiri. Tapi, semua orang nak yang terbaik. Saya pun! Dan Dia tahu saya nakkan yang terbaik. Oleh kerana sayangnya Dia pada saya, Dia hadiahkan saya satu nasihat. Takkan sama kaca dengan permata. Kita meminta emas, takkan kita nak berikan gangsa?

"... sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik, dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik (pula)..."
(An-Nur: 26).

Saat itu, takkan pernah tercepat. Dan takkan sekali-kali terlambat. Bila si dia di sisi, yang pasti Dia tetap di hati.

Awak dah berkenalan dengan Allah? Kalau belum, mulakan lah perkenalan. Bimbang kalau terlambat. Dan awak takkan pernah sedar... Yang Allah tu sweet~~~ Thank you Allah!

- Artikel iluvislam.com

Biodata Penulis

Fakhriah Ramli Merupakan Graduan dari University of South Australia dalam bidang Sarjana Muda Farmasi. Berminat dalam bidang penulisan dan multimedia. Beliau berkongsi karya di http://huriyyatunnajla.wordpress.com/.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, 2 December 2011

tAdHiyYah sEoRaNg QiAdi...

qiadi oh qiadi....
alangkah senangnya hidup seorang qiadi..
kehadirannya pasti dipandang mulia..
alangkah girangnya hati insan bergelar qiadi..
dek sejuta mutiara pasti tergenggam..
namun itu semua hanya ilusi semata..
ilusi seorang insan yang belum mengerti
jerit perih kehidupan seorang pemimpin....

saban ketika pasti dirinya diuji
1001 onak duri demi mengkamilkan
amanah yang tiada terhitung beratnya..
biarpun begitu, jiwanya tetap kental
menyusuri kehidupan yang penuh ranjaunya ini..
kerana dijiwanya terselit segunung keyakinan
yang janji ALLAH itu pasti...

 
begitu hebat dirinya seorang qiadi..
kerana bisa melayani sejuta karenah
jundi berjiwa duniawi..
begitu utuh pendiriannya..
biarpun diri dikecam dan dihina..
namun kakinya tetap teguh..
meskipun "maut' kian datang menjemput..
alangkah mulianya hidup insan bergelar qiadi..
yang senantiasa menggenggam erat pada
kalimah agung    "لا اله الا الله " 
kerana tadhiyyahnya yang begitu ajaib..
setiap kembara perjuangannya..
semestinya diselitkan dengan pengorbanan
harta dan jiwa dan tiada tolok bandingnya..

hai insan bernama qiadi..
biarpun hidupmu menderita..
janganlah dirimu goyak dek
syaitan yang kian bermaharajalela
dijiwa insan yang terpegun
akan kemegahan duniawi..
duhai pemimpin..
tabahkan hatimu..
cekalkan jiwamu..
tetapkan pendirianmu..
semoga ANNAIM menjadi destinasimu..

~saLam tHabAt dALam bERjuAnG~



Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, 1 December 2011

aDuHai hAtiEy...bERsAbARLah...ALLah sEdAnG mEngujiMu...

alangkah hibanya hati melihat "result" yg amat mncuakkn diri x sprti yg dhrapkn...
hati sayu tiada terkata..semangat yg dulunya tinggi melangit, kini merudum menyembah bumi..
sungguh sakit utk menelan hakikat ini..nmun apakan daya, harus kita susuri jua khdpn ini..
jangan dinoktahkn segera kembara yg telah lama kta musafiri.. exam bknlah pmbunuh kpda nekad yg tlh lama subur dlm sanubari kita.. nmun ini adalah ujian dari Yang Maha Esa..

"adakah mnusia mngira bhwa mreka akn dbiarkn hanya mngtakn 'kami telah beriman,' dan mrka tidak diuji??"  ...<surah al'ankabut,ayat 2>

pandanglah dan telitilah ssuatu ujian atau dugaan itu dengan akal dan jgak hati yg positif... ssungguhny datanglah sbyak mana dan sbsar mana pun rintngan yg trpksa kta semukai, nmun dgn hti yg ikhlas, psti kta mmpu merobek selautan hikmah dariNYA yg akhirnya akn mmbahagiakn kita.. sudah hayatikah kita dengan kalimatullah , mafhumnya..

"..dan org yg sabar kerana mengharapkn keredhaan Tuhannya,mlksnakn solat, dan menginfakkn sbhgian rezeki yg Kami berikn kpd mereka, scra smbunyi atau terang-terangan serta mnolak kjhtan dgn kebaikan, org itulah yg mndapat tempat ksdhan (yg baik).." <ar-Ra'ad,ayat 252>

dengan "result" yg x sberapa ni, bukan bermakna kta ni bodoh atau tidak pandai.. tpi kerana Allah amat menyayngi kita.... Allah ingin mnegur hambaNYA ini.. mungkin ad yg kta tersilap langkah, atau tersalah arah dll yg x kta sedari..lumrah manusia, bila terhantuk baru tengadah.. bila susah, baru menadah mmohon keampunan dan petunjuk dari ALKHALIQ... tidakkah keperitan ini menyedarkan kita kembali stelah sekian lama hanyut dalam dunia fantasi??
rawatlah jiwa yang terluka dan merana kerana bisikan dunia ini dengan mengingati ALLAH YANG MAHA AGUNG... krna firman Allah dlm alQuranul Karim....

"...iaitu org2 yg beriman dan hati mereka mnjadi tenteram dgn mengingat Allah..ingatlah, hany mengingati Allah hati mnjadi tenteram.." <surah arRa'ad, ayat 28>

berSYUKURlah dengan sgla nikmat yg Allah kurniakn kpda kita...kerana disebalik stiap ssuatu yg kta hadapi dan yang kita perolehi, tersemat jutaan hikmah yg mengiringi bersama meskipun kadang ketika nikmat itu nampak kecil di mata kita.. seperti dalam bait lagu Mata Hati nyanyian  kumpln Hijjaz..

"Pandangan mata selalu menipu
Pandangan akal selalu tersalah
Pandangan nafsu selalu melulu
Pandangan hati itu yang hakiki
Kalau hati itu bersih...."

berSABARlah saat kita diuji.. krna kesabaran kita ini tidak hanya berbuah di dunia ini sahaja bahkan di alam sana,khdpan yg pnuh knikmatan psti kta diami..insya-Allah..janganlah diri terlampau sedih ats apa yg kita lalui..krana perjuangan kta bkan berakhir di sini malah..nuuunn.. di jauh sana..
seperti yang Allah Azza Wajalla tlah bfirman yang bermksud,
"jgnlah kmu(mrsa) lemah dan jgn (pula) bersdih hti..sbb kmu pling tinggi (darjatnya),jka kmu org yg beriman.." <surah ali imran, 67>

"dan btpa byk nabi yg brperang ddmpngi sjmlah bsar dri pgkut(nya) yg brtqwa..mrka x (mnjdi) lmah krna bncana yg mnimpanya d jalan Allah, x patah smgt dan x(pula) menyerah (kpda) musuh. dan Allah mencintai orang2 yg sabar." <surah ali imran 146>
wahai diri, 

sebesar manakah pengharapanMu terhadap KEREDHAAN dan MAGHFIRAH dari TUHAN YANG SATU spanjang pembelajaranmu itu??

sejauh manakah hatimu IKHLAS menuntut itu hanya keranaNYA dan bukan kerana duniawi??

dan berapa kerapkah kau beramal dengan ILMU itu??

tepuk dada..tanyalah iman dihati..

oleh itu..
bangkitlah wahai diri..
ayuh kita terusi kembara ilmu ini..
jatuh kini x bereeti kita akan jatuh kembali..
jauhi diri dari mengenal apa itu berputus asa..
yup..kta tlusuri jlan berliku ini..
smga diri beroleh keberkatan dariNYA..


*jangan pernah mengalah yer....

"almukmin qowiyyun khairun min almukmin dhoiifun"..

cintaiLah iLmu ALLAH..










Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed